Khat Kufi merupakan kaligrafi Arab tertua dan sumber seluruh kaligrafi Arab. Dinamakan Kufi karena berasal dari kota Kufah di Iraq kemudian tersebar ke seluruh jazirah Arab. walaupun skrip ini diguna di Zaman Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Pada zaman permulaan penulisan di Kufah, Al-Quran ditulis menggunakan tulisan Kufi tanpa ada baris, tidak seperti apa yang kita baca pada hari ini. Masyarakat Arab berusaha mengolah dan mempercantik gaya Kufi dengan menyisipkan unsur-unsur ornamen sehingga lahirlah beragam corak Kufi yang baru.
Contoh khat kufi awal ayat Al-Quran
Kufi ialah skrip yang berunsur geometri iaitu bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang serta memanjang. Bentuknya yang berunsur geometri amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Selanjutnya Kufi berubah menjadi seni yang berdiri sendiri sebagai alat ekspresi para seniman kaligrafi. Setiap huruf dilukis seringkas yang mungkin untuk membentuk karakter asal dan dalam masa yang sama mudah difahami dan dibaca meskipun oleh orang yang tidak terlibat dengan bidang seni khat. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai tetapi masih menunjukkan sifat-sifat huruf yang asli. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.
Di Malaysia, Square Kufi seperti yang didapati di Masjid Nabawi, Madinah amat popular dan semakin diminati oleh para pengkufi. Hasil seninya dapat dilihat di Masjid Putra, Putrajaya dan semakin berkembang.
Kini, seni khat kufi bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni Islam yang cukup tinggi.

Khat Kufi Murabba (Square Kufi)

No comments:
Post a Comment